Friday, December 3, 2010

ILMU PELITA HIDUP





Masyarakat hari ini tidak perlu jumud. Menempuh arus kehidupan hari ini bukan sama rencahnya seperti dulu.  Berhadapan dengan ledakan arus pemodenan bukan sahaja minda,namun persepsi terhadap ilmu juga harus diubah.  Bukanlah bermaksud menuding jari terhadap sesiapa,namun ini adalah hakikat yang harus kita sedar.  Bangkit dari lamunan dan buaian yang selama ini menganggap ilmu sekadar kehendak lahiriah. Sebaliknya,ilmu adalah sama pentingnya sebagaimana juga wang. Ilmu itu mencerminkan IDENTITI,PERSONALITI,PERSEPSI,IDEOLOGI dan KETINGGIAN MARTABAT.



Tanpa ilmu,hidup bakal mundur,sentiasa merendahkan diri tatkala melihat insan lain gah mencipta nama.  Sesungguhnya hal yang membabitkan ilmu itu tidak pernah habis.  Sokongan moral yang jitu seharusnya diberi bukanlah cemuhan mahupun herdikan.  Menyulusuri pepatah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" sememangnya benar,namun adakah kita sedar maksud tersirat disebaliknya.  Dimanakah letaknya kaum Melayu jikalau masing-masing saling tidak mempercayai satu sama lain.  Ilmu itu seharusnya digantung hingga ke menara gading dan setinggi-tinggi bintang di langit.

Justeru,mengapa hasrat ini perlu dihentikan.Ya setiap insan punya masa gelapnya yang tersendiri.  Masing-masing punya coretan suka duka tatkala berhadapan dengan rona kehidupan.  Namun tidakkah kita juga perlu diberi kesempatan untuk mengubahnya?.  Andai kata kita jatuh dan terus jatuh ia bukanlah bermaksud penamat kehidupan bukan juga 1 pembaziran.  Tidakkah pengalaman itu mematangkan dan mendewasakan?.  Sesungguhnya pengalaman itu merupakan pengajaran yang terbesar.  Insan mana yang tidak pernah lari dari kesilapan?.  Oleh itu,berikanlah mereka peluang dan kesempatan mengubah masa depannya.


Bukankah takdir setiap insan Allah itu dijadikan berbeza-beza.Ada yang menggapai kejayaan sekelip mata namun ada juga yang lambat mengecapinya.  Adakalanya ia memerlukan 1 tamparan besar untuk kita tersentap dari lamunan.  Justeru, mengapa harus ia bernoktah di situ sahaja.  Hentikanlah omongan kosong mengherdik insan lain tatkala diri sendiri juga punya kekurangan. Berilah dorongan,sokongan dan kata-kata semangat.  Nescaya mereka akan bangkit dari kesilapan.


Sementelahan lagi,impian dan cita-cita itu tidak seharusnya terkubur layu.  Andai usaha itu sentiasa berkiblatkan ketekunan dan keazaman yang utuh mengapa tidak peluang ini disambut?.  Usahlah kita gopoh mengejar kemewahan jikalau ilmu sekadar dipinggiran. Bagi insan lain segulung ijazah itu mungkin tidak membawa sebarang erti.  Namun, bagi insan yang sentiasa dambakan masa depan yang cerah, segulung ijazah adalah tiket kejayaan.  Tiket yang merupakan gerbang pintu ke alam kerjaya yang menanti setia.

Bak kata pepatah"Tidak ada kubang yang tidak berkodok".  Setiap usaha manakan pula tiada dugaannya.  Justeru, andai keyakinan dan iman kita adalah kukuh maka tekadkanlah diri.  Namun, satu anjakan paradigma diperlukan agar masa depan yang berprestij bakal diperolehi.



Wednesday, December 1, 2010

Maher Zain:Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost 
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame 

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way