Tanpa ilmu,hidup bakal mundur,sentiasa merendahkan diri tatkala melihat insan lain gah mencipta nama. Sesungguhnya hal yang membabitkan ilmu itu tidak pernah habis. Sokongan moral yang jitu seharusnya diberi bukanlah cemuhan mahupun herdikan. Menyulusuri pepatah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" sememangnya benar,namun adakah kita sedar maksud tersirat disebaliknya. Dimanakah letaknya kaum Melayu jikalau masing-masing saling tidak mempercayai satu sama lain. Ilmu itu seharusnya digantung hingga ke menara gading dan setinggi-tinggi bintang di langit.
Justeru,mengapa hasrat ini perlu dihentikan.Ya setiap insan punya masa gelapnya yang tersendiri. Masing-masing punya coretan suka duka tatkala berhadapan dengan rona kehidupan. Namun tidakkah kita juga perlu diberi kesempatan untuk mengubahnya?. Andai kata kita jatuh dan terus jatuh ia bukanlah bermaksud penamat kehidupan bukan juga 1 pembaziran. Tidakkah pengalaman itu mematangkan dan mendewasakan?. Sesungguhnya pengalaman itu merupakan pengajaran yang terbesar. Insan mana yang tidak pernah lari dari kesilapan?. Oleh itu,berikanlah mereka peluang dan kesempatan mengubah masa depannya.
Bukankah takdir setiap insan Allah itu dijadikan berbeza-beza.Ada yang menggapai kejayaan sekelip mata namun ada juga yang lambat mengecapinya. Adakalanya ia memerlukan 1 tamparan besar untuk kita tersentap dari lamunan. Justeru, mengapa harus ia bernoktah di situ sahaja. Hentikanlah omongan kosong mengherdik insan lain tatkala diri sendiri juga punya kekurangan. Berilah dorongan,sokongan dan kata-kata semangat. Nescaya mereka akan bangkit dari kesilapan.
Sementelahan lagi,impian dan cita-cita itu tidak seharusnya terkubur layu. Andai usaha itu sentiasa berkiblatkan ketekunan dan keazaman yang utuh mengapa tidak peluang ini disambut?. Usahlah kita gopoh mengejar kemewahan jikalau ilmu sekadar dipinggiran. Bagi insan lain segulung ijazah itu mungkin tidak membawa sebarang erti. Namun, bagi insan yang sentiasa dambakan masa depan yang cerah, segulung ijazah adalah tiket kejayaan. Tiket yang merupakan gerbang pintu ke alam kerjaya yang menanti setia.
No comments:
Post a Comment