Tuesday, February 14, 2012

Assalamualaikum...
Lama rasanya Zyzah x update blog ni..bukan apa..sejak kebelakangan ni semakin sibuk ngan assignment and study..tu yang sampai tak sempat nak luangkan masa kat blog ni..tapi ari ni Insya Allah Zyzah nak share sikit tentang erti persahabatan..

Saidina Ali r.a pernah berkata sesungguhnya "Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.
Secara umumnya Sahabat ini membawa maksud yang sangat besar dalam hidup kita meskipun mereka bukanlah darah daging kita namun hubungan yang terjalin dengan sahabat ini boleh kita umpamakan seperti adik beradik. Sewaktu senang mahupun duka, mereka selalu berada disisi kita memberi dorongan dan kata-kata semangat dalam diri kita. 

Kawan-kawan cuba bayangkan alangkah beruntungnya kita mempunyai insan yang bergelar sahabat ini. Betapa ikhlasnya mereka berada disisi kita. Namun, mengapa disaat kita dihimpit masalah lantas kita lupa akan kebaikan sahabat kita bahkan kita tidak memberi mereka peluang untuk menjelaskan keadaan. Jika kita sayang akan sahabat kita maka berilah mereka peluang dan ruang untuk menjelaskan keadaan.Cubalah pula menjadi pendengar yang setia dan meletakkan keadaan kita ditempatnya. Sekali sekala apa salahnya kita menjadi pendengar daripada kita bercerita. Hargailah erti PERSAHABATAN secukupnya. Sahabat yang sejati tu memang sukar dicari, tapi janganlah mensia-siakan mereka yang sedia ada. Belajarlah untuk saling "give n take" agar ukhwah persahabatan yang terjalin tu kekal lama.

Manusia itu tak sempurna,belajarlah untuk menerima kekurangan dalam diri mereka. Sebagai manusia mereka juga ada perasaan takut, sedih, geram, marah mahupun kecewa. Mungkin saban hari kita selalu melihat mereka ketawa namun sebaliknya mereka bukanlah setabah yang disangka. Ambil masa untuk selami perasaan mereka, disebalik senyuman mereka mungkin tersingkap pelbagai cerita pilu.

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.