Rasenyer dah terlalu lama aku tidak menjenguk page ni..bkn apa masih lagi dalam kekangan masa untuk update cerita baru..maklum lar..sekarang ni dalam plan nak buat satu lagi blog baru..sebelum delete blog yang lama ni..
Untuk yang terbaru, aku baru sahaja selesai mengikuti Konvoi Ramadhan Selangor..Pengalaman yang sgt mengujakan..mcm2 berlaku..tp aktiviti kemuncak pada 2 hari terakhir kami berkonvoi..Pengalaman iftar di dataran Shah Alam..bersama selautan umat muslimin dan muslimat..dan pengalaman mengedarkan bubur lambuk dari pintu ke pintu dekat Blok I..
Menarik sepanjang kisah kami berkonvoi ni adalah..Siapa sangka aku,Acu,Yana,Amy dan seorang lagi sekretariat yang bertugas melalui detik yang mencemaskan sewaktu pengedaran bubur lambuk tersebut.
Pilihan kami yang bercadang untuk ke tingkat 9 setelah mengetahui maklumat bangunan tersebut hanya mempunyai 8 tingkat adalah tdk benar..Jadi disebabkan kami ni rajin sgt..kami pun bergerak ke tngkat 9..Walaubagaimanapun, hasrat kami terpaksa dibatalkan kerana ternyata penghuni di tingkat 9 telah pun mendapat agihan bubur lambuk tersebut oleh salah seorang anggota sukarelawan kami yang turut sama menghulurkan bantuan..
Nak dipendekkan cerita, sebelum kami masuk ke dalam lift adalah dalam 3 orang budak bermain di depan lift..sempat jugak lar sorang dari rakan aku dok menyakat budak tu..biasalah budak2 kan..So bila lift sampai mcm biasa kami pun masuk..kali ni sorang dari budak2 tadi pun turut masuk brsama2 ngn kami..tapi pintu lift asyik terbuka dan tertutup sehinggalah kami menyangkakan budak2 kat luar tu yang bermain dengan lift..MUNGKIN untuk mendapatkan kepastian budak yang nak naik lift dengan kami pun keluar..MUNGKIN nak pastikan kawan dia x main lift tu kot..Tp lepas budak tu keluar jer..pintu lift TERTUTUP..saat mencemaskan apb tetiba lift mengeluarkan bunyi "black out" cam tu..atau bunyi enjin yang dimatikan..dari celah lubang lift yang agak ternganga tu..kami tau kami telah tersangkut di tingkat 9..
Bermula lah, penghantaran mesej kecemasan dari secretariat yang follow ktorg tu melalui walkie talkie dia..nasib baik ada walkie talkie..aku plak terus tekan loceng kecemasan kat dalam lift tu..masa mula2 kami dok tergelak jugaklah masa mula lift tu rosak..lepas tu..kEAdaan Semakin Mencemaskan..Sebab disebabkan menunggu terlalu lama..Oksigen di dalam lift mula berkurangan..sampai kami mula berasa pening..Aku mula membaca kalimah Allah & Ayat kursi dalam hati..takut juga kalau sesuatu yang serius mungkin berlaku..Kami pun mula senyap sedikit tuk mengurangkan terlalu banyak penggunaan oksigen..
Akhirnya,bantuan pon sampai..Pintu lift terpaksa dikokahkan genap2 membolehkan kami merangkak keluar dari lift tersebut..Sejurus ke luar..aku tarik nafas dalam2 tuk sedut udara kat luar..maklum lar hampir kelemasan kami kat dalam lift tu..budak2 yang kat luar lift tadi tu plak sedang beriya2 britau yang mereka x main butang lift tu..tp menurut pendapat aku..aku x rasa budak2 tu yang bermain button lift tu..
MUNGKIN saja lift tu memang rosak..sebab ada mak cik kat situ ckp lift tu memang kerap rosak..tp yang menakutkan sebenarnya sebelum kami masuk lift tu..kawan aku ada cerita tentang satu rumah India ni..dia kata rumah tu sgt menyeramkan macam dalam filem2 seram..sampai diorg sendiri pun rasa takut nak ketuk rumah tu tuk edarkan bubur lambuk...........
Tiada sape duga, mungkin sudah takdir kami terpilih tuk menerima dugaan yang hebat ni di dalam bulan puasa..apapun, aku berasa sgt bersyukur sebab kami selamat dan sekarang masing2 semua dah pun balik ke rumah masing2..
*Tulah sahaja, yang dpt aku ceritakan..by the way..aku rasa rugi mereka2 yg x ikut rombongan KonVoi Ramdhan Ni..despite ape yg tlh berlaku..aku merasakan program ni best..Insya Allah jika diperolah lagi pasti lebih menyeronokkan..Sekiannn............