Assalamualaikum...
Hari ni..tgh duk baca blogger tetiba tertarik dgn 1 blog ni..article dia mengenai cara2 nak mengubati rasa KECEWA..HUHU..tetiba Cik Noraz Zyzah jiwang hari ni..touching lebih ya..
Sedih..sayu..hambar..kecewa dapat dihilangkan bergantung juga pada tahap mental korang tuk menghadapinya..Walaupun kekadang kita rasa cam nak pergi jauh2 jer kan..supaya hidup ni rasa aman dan tenang jer..urmm..sebenarnya persepsi tu salah..so ni dia Zyzah kongsikan apa yg Zyzah bace kat blog adamfazi ni..Cara2 atau teknik2 asas untuk kita merawat hati kita yang luka..
1.Latih Minda Lupakan Kenangan Pahit
Aplikasi ni mesti berterusan barulah menampakkan hasilnya.Sebab adakala mengimbau kisah silam dan kenangan pahit sering membuat kita berasa sedih.So apa yang perlu dilakukan sekarang kita cut connection ni..macam mane caranya adalah kita mesti tekadkan diri,bulatkan azam, dan fokus pada masa depan yang kita nak capai.Sememangnya tak mudah kita nak melupakan masa silam kita so cara yg terbaik boleh kita lakukan dengan step by step. Caranya kita alihkan tumpuan dan perhatian kita terhadap matlamat yang nak kita capai untuk diri sendiri,keluarga,sahabat handai mahupun pendidikan.Proses ni mungkin memakan masa tetapi bagus untuk mendisiplinkan diri kita.
2.Kikis Sikap Risau
Ada 2 effect yang ketara akibat sikap risau ni..Pertama terhadap nasib kita kerana boleh mengundang masalah atau musibah yang tak diundang. Kedua, keburukan terhadap kesihatan diri kita sama ada fizikal atau mental.Cara terbaik untuk menanganinya adalah kita mesti melatih diri kita menjadi lebih tenang dan belajar teknik mengawal emosi dengan betul.
3.Belajar Bersyukur
Ucap syukur diatas segala Rahmat yang kita ada..KESEMUANYA..antaranya mensyukuri setiap rahmat yang diberikan oleh Allah kerana masih lagi membenarkan kita hidup dimuka bumi ini.Mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakanNya..termasuk 5 deria yang kita ada..Amalkan setiap hari sehingga perkataan syukur tu meresap dan tersemat jauh ke dalam hati kita.Lakukanlah dengan seikhlas hati kita.
4.Belajar Menjadi Pemaaf
Sebenarnya sifat pemaaf ni dapat menghindarkan diri kita dari sifat2 yang negatif seperti marah,sedih,kecewa mahupun gusar.Selalu rasa sedih sebab tak memaafkan kesalahan diri sendiri,kesalahan yang dilakukan oleh orang lain atau susah menerima hakikat tentang sesuatu perkara tu sehingga buat kita rasa sakit hati dan hampa harus kita buang jauh2. Latihkan diri menerima ketenangan dalam hidup.Belajarlah untuk jadi pemaaf sebab ia boleh menghapuskan segala kecelaruan dalam hidup korang.Disamping tu, memaafkan dapat menjernihkan jiwa seterusnya ketengan akan datang sendiri dalam hidup korang.
5.Ketawa
Yang dimaksudkan bukanlah ketawa yang dibuat-buat tapi ketawa yang benar-benar mengembirakan korang. Deraian ketawa yang girang ni antaranya ketika korang mendengar atau menonton kisah lucu,berjenaka bersama kawan mahupun mengimbau kenangan yang megembirakan korang.Jadi lah cool dengan mencari "funny side" dalam setiap situasi tapi harus kena juga pada tempatnya..Ketawa boleh hilangkan stress apa..
6.Ubah Fikiran
Kita tak boleh mengubah situasi yang menimpa kita,tapi kita boleh ubah fikiran kita walau seburuk manapun situasi yang kita rasakan.Caranya cari SINAR MENTARI DISEBALIK MENDUNGNYA AWAN. Walaupun kekadang situasi tidak memihak korang tetapi fikirkan nilai2 positif yang boleh korang dapat melaluinya.Buat apa untuk berfikir buruk? jika korang sendiri boleh tarik semua yang baik2. Berfikir buruk,buruklah juga yang akan korang dapat. Situasi ni dinamakan hukum SEBAB DAN AKIBAT...In other word it can be call as Law Of Attraction.
7.Hati mesti "KERAS"
Keras yang dimaksudkan ni bukan keras tuk bersifat degil tau..tetapi keteguhan hati,kesabaran yang tinggi,kepandaian mengawal emosi dan keihklasan untuk bersikap terbuka. Allah memberi kita musibah bukan sekadar suka2..tetapi ada sebab disebaliknya..Percayalah setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah disebaliknya. Cekal dan tabahkan hati serta jitukan semangat tuk mengorak langkah.
Akhir kata, apa yang boleh Zyzah rungkaikan cuba kita berfikir sejenak apa yang telah kita lakukan pada orang lain meskipun ianya sekecil yang anda fikirkan. Adakala ia mungkin mengundang rasa tersinggung orang lain sama ada kita sedar atau tidak.Sebab tu perlunya kita bersifat baik dan berfikir baik. Jadikan teknik ni rutin dalam hidup korang iaitu sentiasa setkan minda korang yang esok akan jadi hari yang ceria lafazkannya dengan nada yang relaks setiap kali nak tidur. Sewaktu bangun dari tidur pula,tekadkan diri korang bahawa hari ni adalah hari baru tuk korang. Jadikan hari tersebut lebih baik dari hari sebelumnya.
Sama-samalah kita cuba mengamalkan teknik ni dalam hidup kita.Insya Allah moga-moga kita dapat menarik ketenangan dalam hidup kita.
Ikhlas Dari: Noraz Zyzah
No comments:
Post a Comment